
Anonymous
6 tahun
Adakah ini simptom HIV?
Saya seorang yang berisiko menghidap hiv kerana saya aktif dengan aktivitivi seks berisiko sebelum ini. Sejak minggu lalu saya perasan ada bintik-bintik merah pada seluruh badan dan tangan meskipun tiada kegatslan dialami. Adakah itu salah satu simptom hiv?

6 tahun
Salam sejahtera. Untuk menjawab soalan anda, bintik-bintik merah atau ruam pada badan adalah antara simptom-simptom yang boleh dialami oleh seseorang yang dijangkiti HIV. Biasanya, ia akan muncul pada badan atau muka dan kadang-kadang juga pada tangan dan kaki. Ruam ini tidak gatal dan berwarna merah bagi orang yang mempunyai kulit yang lebih cerah atau lebih ungu bagi orang yang mempunyai kulit gelap. Ruam ini boleh muncul dalam fasa awal jangkitan HIV ketika badan seseorang sedang cuba melawan virus tersebut.
Dalam peringkat awal ini, 2-6 minggu selepas dijangkiti virus, seseorang mengalami sindrom retroviral akut. Terdapat simptom-simptom lain yang juga boleh dialami seperti:
- Sakit kepala
- Cirit-birit
- Pening dan muntah
- Keletihan
- Sakit otot
- Sakit tekak
- Kelenjar limfa membengkak
- Demam
Seperti yang boleh dilihat, kebanyakan simptom ini serupa jangkitan virus-virus lain atau selesema. Simptom-simptom ini boleh berlangsung selama 1-2 minggu dan kemudian akan hilang sepenuhnya.
Anda tidak boleh bergantung kepada kemunculan ruam ini atau simptom-simptom untuk mengesahkan sama ada anda mempunyai HIV atau tidak. Satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pasti jika anda mempunyai HIV adalah untuk menjalankan ujian darah. Oleh itu, kunjungi klinik terdekat dan dapatkan nasihat doktor untuk tindakan seterusnya.