Sulit
5 tahun
Adakah jerawat yang tumbuh pada misai saya menjadi penyebab saya rasa pening kepala?
Semenjak jerawat tersebut tumbuh pada bahagian dibawah bibir, saya merasakan pening-pening dan kepala terasa seperti ringan ada ia merbahaya untuk saya?? apa cadangan untuk menghilangkan rasa pening tersebut??
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya dapati anda mengalami masalah mual serta pening kepala. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekanan darah rendah
- kandungan gula yang rendah dalam darah
- anemia
- Flu.
- Dehidrasi
Sekiranya sakit anda berlanjutan sehingga menganggu aktiviti harian atau anda mengalami gejala di bawah, sila berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
- Berlaku secara tiba-tiba dan parah
- Sakit kepala disertai dengan gejala neurologi lain seperti kelemahan, kesukaran berjalan, kekebasan, masalah bercakap, masalah penglihatan dan kekeliruan
- Berpanjangan dan semakin teruk
- Berterusan disertai mual dan muntah
- Berlaku selepas kecederaan kepala
- Tercetus secara tiba-tiba selepas batuk, bersin, perubahan postur atau senaman
- Mempunyai gejala tambahan lain seperti:
- Sakit kepala belakang atau leher bersama-sama demam, ruam dan kepekaan kepada cahaya - Meningitis
- Kulit kepala sisi yang sakit, sakit rahang semasa mengunyah - Arteritis sel “Giant”
- Masalah penglihatan, kesakitan mata atau kemerahan mata - Glaukoma sudut tertutup aku
Berikut hanya jawapan umum mengenai masalah anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Semoga anda cepat sebuh dan terima kasih.


































