
Sulit
5 tahun
Adakah Kencing bernanah
Saya nak tanya, sebelum ni saya selalu kena bisul besar di kemaluan sy,dalam 6 bulan sekali or 3 bulan sekalo, selepas sy berubat bisul dah tak muncul, tetapi bekas bisul masih ada lagi dan selalu menjadi bisul kecil jika saya kurang menjaga kebersihan kemaluan saya, lepas itu hari-hari di seluar dalam saya ada kekuningan cair yang banyak seperti cecair nanah, adakah ini penyakit sifilis?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, nanah dari kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Sebaiknya, anda mendapatkan konsultasi doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut serta diberikan perawatan yang tepat dan efektif. Sementara itu, sebaiknya anda mengamalkan hal berikut untuk mengelakkan kondisi daripada memburuk:
- Elakkan bertukar pasangan
- Pakai kondom sewaktu melakukan hubungan seksual
- Elakkan menjalinkan hubungan seksual sewaktu dijangkiti penyakit kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.