
Sulit
5 tahun
Adakah kencing manis dapat disembuhkan
Wanita melayu berumur 43, adakah kencing manis bole sembuh dengan mngawal pemakanan Tanpa mengambil ubat kencing manis

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing manis atau diabetes adalah merupakan penyakit kronik yang mana bermaksud penyakit ini tidak boleh diubati. Terdapat dua jenis diabetes; diabetes jenis 1 terjadi apabila insulin tidak diproduksi oleh badan, sementara itu diabetes jenis 2 terjadi apabila insulin kurang sensitif sehingga tidak berfungsi. Sebaiknya anda melakukan kunjungan ke doktor dan memulakan pengubatan.
Untuk pengetahuan anda juga, diabetes diabetes perlu diubati kerana badan anda memerlukan insulin yang efektif untuk bekerja dan meneruskan metabolisme tubuh. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah merbahaya kerana boleh menyebabkan banyak komplikasi yaitu:
- Neuropati - merosakkan saraf. Gejalanya adalah kebas-kebas di kaki dan tangan
- Nefropati - merosakkan buah pinggang
- Retinopati - merosakkan retina mata sehingga buta
- Penyakit jantung
- Gangren (tissue mati)
- Jangkitan mudah merebak
- Mati pucuk
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.