Sulit
5 tahun
Adakah normal haid selama 6 atau 7 hari?
Hello doktor, saya adalah wanita berumur 26 tahun. Adakah normal kedatangan haid selama 6 atau hingga 7 hari? dan tidak pernah lebih dari 7 hari. Bilakah waktu yang sesuai bersetubuh? Atau waktu kesuburan untuk melakukan hubungan seks?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, period selama 6-7 hari ialah normal. Sebelum kehamilan boleh berlaku, salah satu ovari anda mesti melepaskan telur matang. Ini dipanggil ovulasi. Waktu yang paling subur untuk anda melakukan hubungan seks ialah pada hari ovulasi anda. Setiap individu mempunyai waktu subur yang berbeza. Kebanyakan wanita hanya subur lima hingga enam hari setiap bulan. Secara amnya, untuk kitaran haid yang berjangka masa selama 28 hari, hari ke-14 selepas hari pertama haid ialah waktu yang paling subur. Kaedah lain untuk mengetahui waktu subur ialah menggunakan kaedah merekod suhu badan. Pada waktu ovulasi, suhu badan akan lebih tinggi dari hari-hari yang lain dalam kitaran haid anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































