syazwaniyusof
3 tahun
Adakah normal keluar spotting kesan makan postinor2
saya wanita berumur 32, mempunyai seorg anak berumur 1 tahun yang bersalin secara ceaserean, saya menggunakan kaedah merancang sendri, jadi pada 5 february saya telah bersama pada waktu subur, sebagai langkah berjaga, saya telan mengambil postinor2 sebanyak 2 biji, kitaran haid saya sepatut nya bermula 25 feb, tetapi pada 19 feb saya alami spotting darah merah dan petang nye darah berwarna hitam(sy sangka kn mentrual), tetapi darah ni stop pada ke esokan nya, adakah in kesan postinor2 dan normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Postinor adalah sejenis pil perancang kecemasan yang berfungsi mencegah kehamilan dengan cara melambatkan ovulasi. Kesan sampingan yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, masalah perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Justeru, kemungkinan yang terjadi adalah masalah perdarahan akibat daripada penggunaan pil tersebut.
Sedikit info tambahan, Postinor adalah sejenis pil perancang kecemasan. Ia bermaksud, anda tidak digalakkan untuk menggunakannya secara rutin. Maksimal penggunaan adalah satu setiap satu kitaran haid. Bagi merancang dan mencegah kehamilan secara teratur, anda digalakkan untuk mulai menggunakan metode perancang kehamilan lain seperti implan, IUCD, pil perancang dan lain-lain.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.