
Sulit
5 tahun
Adakah pengidap hepatitis B?
Hi doktor, adakah saya telah buat medical check up dan terima laporan dari lab.
Soalan saya, adakah saya pengidap hepititis B ataupun tidak?
Result
HBsAg (not detcted)
Anti HBs (<2)
Level of anti HBs <10 are considered negative. Consistent with lack of protective immunity except in patients who have previouy shown sero-conversion
Doktor boleh terangkan lebih lanjut? Saya amat risau. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, HBsAg yang tidak terdeteksi bermaksud bahawa anda tidak mempunyai jangkitan Hepatitis B. Sementara, Anti HBs yang rendah pula bermaksud tubuh anda belum mempunyai perlindungan (vaksinasi) terhadap Hepatitis B
Justeru, adalah digalakkan untuk anda merujuk doktor untuk tindakan selanjutnya yaitu vaksinasi. Hal ini kerana virus Hepatitis B adalah merbahaya dan susah untuk diubati. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.