Sulit
5 tahun
Adakah perlu ujian utk covid19?
Saya (sedang hamil) dan suami pernah bercuti di Jepun pada pertengahan Januari selama 10 hari. Selepas pulang ke Malaysia, kami berdua tiada tanda demam, hanya selsema & batuk selepas 3 minggu pulang dari bercuti. Kini sudah beransur pulih, cuma masih punya batuk kering. Adakah perlu saya highlight perkara ini dgn personalised care (misi KKIA) dan buat ujian covid19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebelum menjawab soalan-soalan tentang coronavirus berikut, setiap orang yang telah berkunjung keluar negara harus dilakukan penilaian risiko terlebih dahulu. Hal ini kerana, untuk setiap kategori risiko, terdapat kaedah penanganan yang berbeza-beza. Oleh itu, silakan untuk menduduki kuiz ringkas menilai risiko disini (Nilai Risiko COVID-19). Sekiranya terdapat gejala-gejala COVID-19 seperti dibawah, silakan untuk merujuk doktor dengan klik ( Tanya Doktor Pakar KKM ) yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal).
- demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
- batuk
- sesak nafas
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































