
Anonymous
6 tahun
Adakah saya benar -benar pcos
Hai doc, saya berumur 32 tahun. Telah berkahwin dan punyai 2 anak. Saya dan suami merancang untuk mendapatkn anak yang ke 3. Namun, pada bulan Febuari lepas saya secara tiba tiba lewat datang haid selama 2 bulan tapi tidak mengandung. Doktor membuat ujian ultrasound dan terlihat ada telur kecil kecil dan 1 telur besar. Doktor tersebut diagnos saya ada PCOS. Saya kurang arif mengalenai syndrome tersebut dan membuat pencarian di dalam internet. Kebanyakan mengatkan pcos adalah wanita hormon tidak setabil dan period tidak menentu. Padahal saya mempunyai period yang regular dan dtg haid setiap bulan dengan kitaran yang tepat. apa yang menjadi tanda tanya, adakah saya benar-benar pcos dan menghadapi masalah sukar hamil?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa penyebab haid lewat atau tidak teratur. Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Untuk menjawab soalan anda, Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) adalah ketidakseimbangan hormon di kalangan wanita yang beri kesan negatif pada ovulasi. Apabila seorang wanita mempunyai PCOS, dia mengalami perubahan paras hormon seks yang boleh menyebabkan pertumbuhan bulu di badan dan muka yang tidak normal, berat badan bertambah, masalah gula dalam darah, jerawat, dan kitaran haid yang tidak teratur.
Wanita yang mengalami sindrom PCOS lazimnya mengalami kesukaran hamil. Bagaimanapun, ada juga wanita yang mempunyai sindrom ini berupaya hamil secara semula jadi tanpa bantuan rawatan kesuburan.
Untuk mengetahui tentang potensi untuk hamil, dan penyebab kepada masalah haid anda, saya sarankan agar anda bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi dengan klik pada link ini (DoctorOnCall). Terima kasih.