
Sulit
4 tahun
Adakah Saya berisiko untuk terkena jangkitam virus hiv itu?
Kalau seseorg itu pnh buat seks songsang lelaki dgn lelaki tnpa mmakai kondom tp air Mani dipncutkan dkt luar dubur…adakh dia brkmungkinan positive hiv jika psagan seks dia positive hiv dri asal?Dan apa cara yg mlawan virus hiv itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya akan menerangkan dengan anda bagaimana virus HIV ini merebak.
Virus ini boleh berada dalam darah atau cecair badan seperti air mani (air mani), cairan pra-mani (cum), cairan rektum, cairan vagina, dan susu ibu. Bagi penularan berlaku, HIV dalam cecair ini mesti masuk ke aliran darah individu HIV-negatif melalui selaput lendir (seperti di rektum, vagina, mulut, atau hujung zakar); luka atau luka terbuka; atau dengan suntikan langsung.
Oleh itu, berdasarkan situasi yang anda ajukan di atas, terdapat risiko bagi individu tersebut untuk mendapat jangkitan HIV. Saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk membuat ujian saringan HIV. Sekiranya keputusan menunjukkan positif, anda mungkin dirujuk ke doktor pakar penyakit berjangkit bagi rawatan seterusnya. Anda juga boleh membuat janji temu dalam talian dengan doktor pakar melalui link ini.
Untuk makluman anda, setakat ini tiada rawatan yang booleh menyembuh sepenuhnya dari virus ini. Tetapi, rawatan boleh mengawal virus terseut agar pesakit boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Nasihat saya, di masa hadapan, saya sarankan untuk anda mengamalkan seks secara selamat dengan menggunakan kondom. Ianya boleh melindungi dari penyakit berjangkit.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.