
Anonymous
6 tahun
Adakah saya berkemungkinan dijangkiti HIV jika melakukan seks tanpa kondom?
Selamat pagi dan salam sejahtera doctor…saya ada 1 soalan…kalau saya baru pertama kali melakukan hubungan sex dengan seorang perempuan tanpa memakai kondom ada kemungkinan ke saya akan dijangkiti Hiv…kerana saya baru tahu yang kawan saya ini kerap menukar pasangan dan dia kerap pergi ke club…tolong saya doc saya mushkil

6 tahun
Salam sejahtera. Berdasarkan pernyataan di atas, anda memang mempunyai risiko untuk dijangkiti HIV walaupun ini kali pertama anda melakukan hubungan seks.
HIV disebarkan melalui bendalir badan seperti darah, air mani, cecair pra-mani, cecair faraj dan cecair rektum. Oleh itu, seseorang boleh dijangkiti HIV sekiranya melakukan hubungan seks melalui faraj, dubur atau mulut (sama ada dengan atau tanpa perlindungan) dengan pasangan yang HIV-positif. Risiko jangkitan HIV juga meningkat sekiranya seseorang mempunyai >1 pasangan seks dan sekiranya seseorang berkongsi jarum dengan orang lain, contohnya ketika menyuntik dadah. Wanita yang HIV-positif juga boleh menjangkiti anaknya ketika mengandung, melahirkan anak atau menyusu.
Memandangkan anda menghadapi risiko dijangkiti HIV, anda patut mengunjungi doktor anda. Bagi mengesahkan jangkitan HIV, ujian darah akan dilakukan. Walau bagaimanapun, setelah seseorang dijangkiti HIV, terdapat suatu tempoh seseorang itu boleh diuji negatif walaupun sebenarnya positif untuk HIV. Tempoh ini dikenali sebagai “tempoh tingkap” HIV yang berlangsung selama 10 hari sehingga 3 bulan. Oleh itu, anda mungkin perlu mengulangi ujian itu beberapa kali sebelum disahkan HIV-negatif.

6 tahun
Salam sejahtera.
Human immunodeficiency virus atau HIV merupakan sejenis virus berbahaya yang melemahkan sistem pertahanan badan kita. Jangkitan HIV yang kronik akan menyebabkan AIDS atau acquired immunodeficiency syndrome iaitu sejenis penyaki di mana sistem pertahanan badan telah menjadi sangat lemah sehingga beberapa penyakit khusus telah muncul di badan.
HIV biasanya merebak melalui cecair badan seperti darah, lendir faraj, air mani dan susu ibu yang menghidap HIV. Oleh itu, hubungan seks tanpa perlindungan mendatangkan risiko tinggi untuk jangkitan HIV. Selain itu, perkongsian jarum sesama penagih dadah, penyusuan ibu yang menghidap jangkitan HIV atau kelahiran anak bagi ibu yang menghidap jangkitan HIV juga mendatangkan risiko tinggi untuk menghidap penyakit ini. Sentuhan biasa seperti berjabat tangan, berpelukan dan berkongsi perkakas tidak akan menyebabkan kerebakan HIV.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk menjalankan pemeriksaan. Pasangan yang menjalankan hubungan kelamin dengan anda juga digalakkan untk berjumpa dengan doktor. Doktor akan menjalankan ujian HIV serta ujian lain untuk mengesan sebarang jangkitan kelamin.