darkendless45
5 tahun
Adakah saya hamil atau datang bulan?
Saya seorang wanita dalam 20’an. Haid saya sepatutnya keluar pada 11.3.2020 iaitu tepat selepas 28 hari period yg lalu tapi haid saya keluar lewat pada hari ini. Dalam minggu ini atau minggu lepas, saya telah menjalankan hubungan intim atau seksual. Saya mengalami migraine, sakit belakang, terasa sesuatu di bahagian perut dan cepat penat. Adakah saya hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan masalah haid datang lewat boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Kehamilan
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancang, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
- perimenopaus
Langkah pertama yang boleh anda lakukan ialah mengambil ujian kehamilan air kencing. Kit ini boleh didapati di mana-mana farmasi. Untuk mengetahui cara yang betul menggunakan alat ujian kehamilan, sila rujuk panduan di sini (Ujian Kehamilan).
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

























