
ainamona95
5 tahun
Adakah saya hamil? period lewat seminggu
saya lewat datang bulan …sepatut yer saya dtg 28/06 tetapi period datang pada 07/07…sebelum ini period sy ada masaalah…saya da berubat dengan pakar…sekarang pakar kate sy da baik…tetapi hanya bulan ini saja period sy lewat seminggu…semasa period datang sy xde gejala seperti biase sy kene seperti sakit pinggang atau sakit perut…bole sy tnya kenapa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, berkemungkinan besar ia hanyalah variasi kitaran haid normal. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Antaranya ialah:
• Oeralihan umur: Haid anda mungkin tidak teratur untuk setahun atau dua tahun pertama haid berlaku
• Permulaan menopaus (antara umur 45 dan 55)
• Awal kehamilan
• Penyusuan
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Senaman
• Tekanan yang berlebihan
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim
• Fibroid rahim
Anda boleh mencuba Urine Pregnancy Test Kit untuk memastikan anda hamil ataupun tidak.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.