
Sulit
5 tahun
Adakah saya mengandung lepas makan postinor dan kemudian melakukan hubungan intim
Selamat pagi doktor. Saya nak bertanya. Saya dan suami telah melakukan hubungan intim pada suatu petang tanpa sebarang alat pencegahan dan suami melepaskan air mani d luar daripada vagina. Kemudian sy telah makan sebiji ubt postinor selepas bersama , kemudian pada sebelah malam sy melalakukan lagi hubungan intim dgn suami di mana suami memakai kondom dan ubat kedua postinor sy makan selepas 12j makan ubat pertama. Soalan sy, adakah sy berisiko untuk mengandung? Memandangkan period sy tidak dtg lewat 2hari?soklan kedua adakah kesan ubat postinor itu sudah tidak berkesan selepas hubungan intim kedua dilakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Postinor 2 ini adalah pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil dalam lingkungan masa 72 jam melakukan hubungan seksual. Ia tidak selalu membahayakan dan mempunyai kesan sampingan tetapi amat jarang sekali ia memberi kesan pada wanita. Paling-paling ia akan memberi kesan haid datang awal atau lambat. Tetapi, jika terlalu kerap dalam mengambil Postinor 2, ia akan menggangu kitaran haid Puan.
Bagi wanita yang kerap melakukan hubungan seksual, dinasihatkan untuk mengambil alat pencegah hamil seperti IUD atau suntikan perancang hormon selain daripada pil perancang bagi mencegah hamil untuk jangka masa yang panjang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian sekiranya puan ingin mengetahui lebih lanjut tentang perancang keluarga lain. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.