
Sulit
5 tahun
Adakah saya mengidap anxiety disorder?
Saya ad mngalami mslh dimana saya selalu diserang rasa cemas gemuruh ,sesak nafas,sejuk menggigil ketakutan yang melampau sehingga saya menangis serta kuku dan tapak tangan saya membiru keungguan semasa saya diserang penyakit ini. Sy tak tahu penyakit apa…
Mula mula Ini terjadi semasa sy masih brumur lngkungan 15tahun. dan semasa sy 17tahun sy diserang pnyakit ini balik. Skrng sy dh 19tahun…dan smpai skrng sy masih rasa bnda yng sama. Kadang kadang sy fikir ni hanya mental saya bercelaru tapi saya tak tahu nak terangkan macam mana
Kebiasaanya sya diserang pnyakit ini semasa saya dalam keadaan sejuk atau mungkin juga tidak… sy tak pasti. Tetapi biasanya ini berlaku selepas saya turun dari bas dari perjalanan yang jauh atau selepas saya mandi. Mungkin juga semasa waktu pagi atau waktu saya stress… tiba tiba sahaja sy akan jadi cemas gelisah teruss terjadi kuku membiru serta rasa takut dan menggigil… saya juga tak boleh bersuara seolah olah suara saya tiada sdngkan dalam hati saya rasa seperti menjerit
Bila terjadi mcm ini biasanya saya akan peluk tubuh sendri dan berfikir secara positive cth: it’s okayy … nothing happened… tetapi kdng kdng ia akan reda dan tiba tiba ia akan rasa balik ketakutan tu seolah olah saya tak boleh kawal perasaan saya yang takut tu. Saya pon x tahu apa yang saya takutkan . Sy rasa seperti mental saya yang tak kuat kadang kdang asyik ketakutan tanpa sebab dan tak boleh kawal perasaan semasa penyakit ini menyerang saya
Apabila penyakit ini terjadi. Saya akan cuba berfikiran positive… dan kadang kala saya akan menangis bersorangan kerana ini terjadi dalam 5minit shaja… dan saya slow slow okay dan berfikir elok
Apa yang harus saya lakukan doktor?. Adkah sy penghidap anxiety? Adakah penyakit ini ada ubat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kemungkinan gejala yang anda hadapi adalah tidak terhad kepada masalah anxiety sahaja. Ia boleh jadi disebabkan beberapa masalah seperti:
- Serangan panik
- Penyakit jantung seperti jantung berlubang
- Penyakit metabolisme seperti tiroid
- Anxiety
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.