
Sulit
4 tahun
Adakah saya perlu ke klinik @ hospital untuk membuat covid test?
Saya seorang surirumah berumur 32tahun dan anak keempat (bongsu) saya masih menyusu badan (2month+), sejak 5 hari lalu saya mengalami sakit tekak (mungkin radang tonsil kerana sakit dibawah kedua-dua telinga apabila ditekan dan sakit apabila menelan air liur), hari keempat mengalami batuk gatal, hari kelima(harini) selesema, saya tidak mengalami demam tetapi kadangkala rasa sejuk sehingga memakai baju sejuk.
Soalan saya,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda terdahap diri anda terutama pada musim pandemik ini. Untuk pengetahuan adna, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian seperti:
- Jangkitan telinga (otitis media)
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang faring dan laring (pharyngitis dan laryngitis)
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara am dan maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui puncanya. Selain itu, anda juga perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan fizikal dan klinikal supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Berikut merupakan sedikit keterangan mengenai gejala-gejala COVID-19 dan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh anda:
WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Saranan kami adalah anda perlu memantau gejala yang anda alami, sekiranya keadaan anda bertambah teruk, sila dapatkan pertolongan dengan segera.
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Kami juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini