
Sulit
3 tahun
Adakah Shingles atau kayap ada kaitan dgn covid?
My mum is 64 years old underlying with hypertension. She claimed that she has pain (burning and tingling - panas pedih) on the left leg sejak pagi semalam. Ada bintik merah2, pergi klinik semalam, Dr bgitau kayap/shingles. Maaf sy nk tanya shingles ada kaitan dgn covid ke (skin manifestation) ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, shingles tidak mempunyai kaitan dengan jangkitan COVID-19. Ia disebabkan oleh jangkitan virus yang menyebabkan timbul ruam yang menyakitkan pada permukaan kulit.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Berikut merupakan sedikit informasi mengenai COVID-19:
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.