lolpink7707
4 tahun
Adakah sifilis boleh menjangkit penerima seks oral?
Saya mendapat jangkitan sifilis drpd melakukan hubungan seks dgn multiple partners. Saya telah melakukan seks oral terhadap teman wanita saya. Adakah teman wanita saya boleh terjangkit? Saya pasti semasa melakukan seks oral, tidak ada apa2 luka pada mulut saya.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, penyakit sifilis (Syphilis) adalah jangkitan daripada bakteria Treponema pallidum yang disebarkan melalui sentuhan kulit dengan luka sifilis pada kulit dan membran mukosa. Luka boleh berlaku pada vagina, dubur, rektum, bibir, dan mulut. Ia mungkin tersebar semasa aktiviti seks oral, dubur, atau faraj. Jarang, ia boleh merebak melalui ciuman.
Tanda pertama adalah luka yang tidak menyakitkan pada alat kelamin, rektum, mulut, atau permukaan kulit.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!