
Sulit
3 tahun
Adakah sy akn dijangkiti HIV atau tidak?
Hai doc… Sy ada melakukan sex melalui dubur(anal) dgn seorang wanita aja tetapi dengan berulang kali, tidak kerap hanya beberapa kali sahaja,
Tetapi wanita itu sihat dan bukan pembawa HIV, adakah saya akan terkena jangkitan juga atau tidak… Boleh terangkan secara terperinci tentang jangkitan HIV melalui sex… Atau adakah HIV juga akan berjangkit jika melakukan sex dengan org yg sihat… Terima kasib

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami anda ingin mengetahui bagaiman HIV boleh disebarkan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, HIV boleh tersebar melalui kontak dengan cecair badan pesakit HIV. Cecair seperti air mani, cecair faraj dan cecair rektum boleh menyebabkan jangkitan HIV. Selain itu, HIV juga boleh tersebar melalui titisan darah. Namun, anda tidak akan dijangkiti HIV melalui kontak air liur. Jika anda melakukan hubungan seksual sama ada hubungan seksual anal mahupun faraj dengan pesakit HIV, kadar kebolehjangkitan adalah tinggi. Melalui hubungan seksual oral pula, anda boleh terjangkit jika mempunyai luka dalam mulut.
Simptom-simptom HIV mungkin tidak begitu ketara pada tahap awal jangkitan, oleh itu walaupun anda atau pasangan anda berasa sihat, tidak bermakna anda bebas daripada jangkitan HIV, terutamanya jika anda mempunyai gaya hidup yang berisiko tinggi seperti mempunyai lebih daripada satu pasangan seksual. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.