
Sulit
3 tahun
Ade cecair lendir bercampur darah
Saya berusia 23 tahun . sya mengalami masalah lendir bercampur darah keluar baru kjp tadi knpe ye ? adakah ini serius tolong bantu sye…tolong beritahu ape yang perlu saya buat

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami masalah pendarahan bersama cecair lendir. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- keputihan biasa yang teroksida
- darah haid
- jangkitan kelamin
- sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- terdapat ketubuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- perimenopaus
Kami menyarankan agar anda mendapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor supaya masalah ini dapat ditangani.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan