
Sulit
3 tahun
Ade mcm bintik di area celah kemaluan
Saya sejak ini ada perasan di area celah kemaluan saya…mcm ada bintik di area tersebut…sebelah kiri ade mcm 5 bintik…saya nak kata jerawat mcm bukan…bintik saja tngok…sblom nie saya ade test hiv…keputusan negatif…atau cara pembersihan tak betul ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan anda mengenai masalah bintik pada bahagian kemaluan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, bintik-bintik pada bahagian kemaluan boleh disebabkan oleh banyak perkara. Bagi mengenal pasti punca masalah yang tepat, kami memerlukan maklumat tambahan dari anda serta pemeriksaan fizikal. Oleh itu, kami akan menjawab soalan ini secara umum mengenai beberapa punca yang sering menyebabkan masalah anda.
Antaranya :
- Kebersihan bahagian kemaluan yang kurang baik
- Jangkitan kuman pada bahagian kulit
- Penyakit kelamin
- Jerawat
- Contact dermatitis
- Folliculitis
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.