
Sulit
3 tahun
Ade satu bijik tumbuh di kemaluan
Saya wanita berumur 14 tahan saya nak tanya di kemaluan saya timbul satu bijik kecik di kemaluan saya , saya baru sedar selepas saya mandi ade kah itu kelamin tapi saya x pernah buat hubungan seks boleh kah dokter bagi jawapan tentang soalan saya nih?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, bintik atau biji kecil di kemaluan tidak semestinya akibat penyakit kelamin, ia juga boleh disebab oleh beberapa perkara lain. Contohnya:
- Jerawat biasa
- Kekotoran (kebersihan kurang memuaskan)
- Kesan alahan pada produk pembersihan atau pakaian
- Ketumbuhan sel minyak (lipoma) atau sista berminyak (sebaceous cyst)
- Jangkitan (biasanya disamping dengan demam, sakit, kegatalan, keputihan dan lain)
Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, anda boleh merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut, menjalani sebarang periksaan dan penyelidikan berkaitan. Oleh itu, penjelasan ataupun rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.