
Sulit
4 tahun
Air kencing pesakit diabetes
Terangkan bagaimana air kencing pesakit diabetes boleh mengandungi glukosa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan persoalan yang berlegar di fikiran anda.
Saya akan cuba membantu anda memahami mengenai kencing manis.
Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin. Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas. Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel. Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.
Glukos di dalam air kencing terjadi apabila buah pinggang tidak menapis sepenuhnya glukos di dalam darah maka, ia akan keluar bersama air kencing.
Nasihat saya, kekalkan pengambilan makanan yang seimbang dan kurangkan pengambilan gula. Tidak lupa juga, amalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam ringan sekurang-kurangnya 30 minit sehari dan tiga hari seminggu.
Anda memerlukan saringan penyakit kencing manis sekiranya anda mempunyai gejala seperti:
- Kerap kencing
- kehausan yang melampau
- penurunan berat badan
- kerap mengalami jangkitan kuman.
- keletihan
Sekiranya anda tiada gejala seperti di atas, saringan kencing manis perlu dilakukan jika anda mempunyai :
(i) berat badan berlebihan (BMI melebihi 23 kg/m2), atau
(ii) ukurlilit pinggang melebihi 80 cm untuk wanita dan 90 cm untuk lelaki,
serta mempunyai faktor di bawah :
- Hyperlipidaemia
- Tekanan darah tinggi (melebihi 140/90 atau menerima rawatan)
- Mempunyai sejarah penyakit jantung
- Mempunyai ahli keluarga yang menghidap DM
- Impaired glucose tolerant (IGT) atau impaired fasting glucose (IFG)
- Obesiti
- Tidak bersenam.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih