affiradaus
6 tahun
Air Mani cair Dan berketul
Saya firdaus umur 19 tahun menghidap air Mani cair Dan berketul selepas berhenti memakan pil perancang…sy bekas maknyah berhijrah sbb tu stop semua benda Ni…tapi air Mani sy tidak pekat seperti yg selalu dia cair Dan berketul membuatkan aku risau akan Masa depan aku nanty
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, harus diketahui bahawa efek pengambilan pil hormon adalah tergantung kepada tempoh berapa lama anda mengambil pil tersebut. Tempoh pengambilan ini menentukan apakah kesan sampingan adalah sementara ataupun kekal. Secara umum, antara kesan sampingan pengambilan pil perancang wanita pada sifat seksual seorang lelaki adalah:
- Pengurangan fungsi ereksi
- Perubahan dalam libido
- Bilangan sperma berkurang
- Cairan ejakulasi (pancut) berkurang
- Saiz testis (buah zakar) mengecut
Memandangkan belum jelas berapa lama tempoh konsumsi dan tempoh berhenti, untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































