
Sulit
5 tahun
Air mani di luar vagina
Saya lelaki Dr malaysia, kami berhubungan intim, cuma seks oral… Saya melepaskan air mani saya di luar faraj teman saya, tetapi saya tidak memasukkan zakar saya ke dalam vagina… Apakah risiok kehamilannya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman encik, kehamilan hanya boleh berlaku sekiranya air mani dilepaskan di dalam faraj wanita. Hal ini kerana air mani anda mengandungi sperma untuk pensenyawaan ovum di dalam wanita. Oleh itu, berdasarkan keterangan yang telah anda berikan, tiada risiko kehamilan di sini. Sebagai maklumat tambahan, anda digalakkan untuk menggunakan perlindungan iaitu kondom semasa melakukan hubungan seks untuk mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang dan jangkitan kelamin.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.