
Sulit
4 tahun
Air mani keluar sendiri,penyebab
saya juga mengalami masalah apa bila melihat video
lucah, air mani akan keluar tanpa ransangan dan perasaan yg dirasakan sama seperti air mani keluar seperti biasa,
ia berlaku apabila saya berada di puncak nafsu saya dan sudah berlaku 4 kali

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, secara amnya, perbuatan melihat sesuatu yang menghairahkan seperti video terbabit, boleh mendatangkan rangsangan seksual kepada kebanyakan lelaki. Pengeluaran air mani apabila seseorang mencapai puncak nafsu atau kepuasan seksual adalah sesuatu yang normal dan tidak perlu dibimbangkan. Namun, jika pengeluaran air mani berlaku tanpa ada sebarang rangsangan sama ada daripada melihat atau sebagainya, ianya boleh disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak terhad pada:
- Kesan samping ubatan
- Masalah prostat seperti keradangan ataupun kanser
- Kerosakan saraf - biasanya terjadi pada usia tua, atau akibat kecederaan, dan jangkitan
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.