
Sulit
3 tahun
Air Mani Keluar Sendiri Semasa Membuang Air Besar
Sy lelaki berumur lingkungan 20 an,sy kerap mengalami masalah air mani keluar sendiri ketika ingin membuang air besar…semasa sy teran untuk keluar kan najis tu ,masa teran tu laa air mani saya akan ikut keluar…mohon doktor jelas kan jikalau itu ada tanda penyakit yg sy mgkin xtahu ,tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya biasa untuk sesetengah orang. Proses buang air besar menyebabkan tekanan pada kelenjar prostat serta pembuangan dari prostat. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain seperti keradangan prostat, pembesaran prostat, jangkitan saluran kencing, jangkitan pada kemaluan dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar kami.