
Sulit
4 tahun
Air mani menjadi warna coklat
Saya lelaki air mani saya menjadi warna coklat ape yg perlu saya lakukan doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Radang prostat (prostatitis)
- Karang di dalam salur kencing
- Kecederaan pada saluran kencing
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana perkara ini memerlukan perhatian anda dan doktor dan juga untuk mengelakkan komplikasi daripada gejala yang dialami.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala ini juga:
- Sakit ketika membuang air kencing atau ejakulasi
- Terdapat cecair berdarah atau nanah keluar daripada saluran kencing anda
- Sakit perut atau di kawasan kemaluan
- Testis atau kantung testis (skrotum) bengkak
- Sukar dan kerap membuang air kecil
- Demam
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Gejala mengganggu aktiviti harian dan seksual
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.