Sulit
5 tahun
Air mani yang bertukar menjadi warna kuning
saya umur dalam 20 'an…masalah di hadapi saya sekarang ni…air mani saya menjadi warna kuning dan ad macam lendihan…macam mana saya nak pulihkan balik air mani saya…bagi air mani saya normal balik…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, air mani kuning boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- akibat bercampur dengan air kencing
- akibat pembesaran prostat
- akibat jangkitan saluran kencing (kencing kotor)
- akibat penyakit kelamin seperti Gonorea dan Klamidia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.

































