
Sulit
5 tahun
Air mazi keluar dengan tidak sengaja
saya lelaki bujang berusia 29 tahun. saya mengalami masalah keluar air mazi secara tidak sengaja tanpa rangsangan. masalah ini berlaku sepanjang hari menyebabkan saya sukar untuk solat dengan sempurna. apabila berlaku rangsangan air mazi keluar seperti biasa. selesai saya bangun dari tidur dan mandi di pagi hari kesan keluar air mazi pada seluar sentiasa akan nampak. buat pengetahuan dr saya dulu kerap melakukan tabiat onani, sekarang saya dh tinggalkan tabiat tersebut. adakah masalah ini berkaitan dengan perbuatan saya itu. terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pengeluaran air mazi biasanya berlaku sewaktu terangsang secara seksual. Akan tetapi, terdapat keadaan apabila air mazi keluar tanpa sengaja. Pengeluaran mazi tanpa sengaja ini dapat terjadi pada pelbagai keadaan. Antaranya:
- mimpi basah hal ini dapat dianggap normal
- efek samping ubatan
- masalah prostat seperti keradangan ataupun kanser
- kerosakan saraf - biasanya terjadi pada usia tua, kecederaan, dan jangkitan
Memandangkan anda masih muda, kemungkinan untuk masalah ini terjadi akibat penyakit adalah rendah. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi yang diformulasikan sesuai keterangan anda sahaja. Untuk menghubungi doktor, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.