
Sulit
3 tahun
Air mazi ketika solat khususnya!
Assalamualaikum . Saya berusia 18 tahun dan mengalami keadaan di mana air mazi keluar tanpa sengaja, serta apabila terlintas sesuatu di fikiran berkaitan wanita semenjak saya baligh pada umur 15 tahun. Pada mulanya saya rasa perkara biasa tetapi apabila setiap hari saya agak terbeban untuk mencuci kemaluan apabila hendak solat sehingga terpaksa ulang alik berkali-kali ke tandas. Sehingga kini selepas saya solat walaupun telah ditutupi dengan tisu atau Kain Masih nampak kesan air Mazi yang keluar! Saya takut dengan ibadah saya… walaupun soalan ini agak biasa tetapi Masih tiada seorang pun lagi yang mampu selesaikan. Kenapa saya tidak mampu kawal serta normal seperti adik-beradik saya yang lain atau ada penyakit lain yang tidak diketahui ? Assalamualaikum

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pengeluaran air mani biasanya berlaku sewaktu terangsang secara seksual. Akan tetapi, terdapat keadaan apabila air mazi keluar tanpa sengaja. Pengeluaran mazi tanpa sengaja ini dapat terjadi pada pelbagai keadaan. Antaranya:
- mimpi basah hal ini dapat dianggap normal
- efek samping ubatan
- masalah prostat seperti keradangan ataupun kanser
- kerosakan saraf - biasanya terjadi pada usia tua, kecederaan, dan jangkitan
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.