
Sulit
4 tahun
Air mazi saya bercampur darah dan ini kali yang kedua terjadi pada saya, apakah solusi untuk mengubatinya,
Saya pelajar lingkungan 16-18 tahun,saya nak tanya,kenapa tiba-tiba saya bangun dari tidur dan lihat air mazi saya bercampur darah,dan ini merupakan kali kedua terjadi,apakah puncanya dan apakah kesan yang akan terjadi jika dibiarkan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah air mazi bercampur darah yang anda alami. Namun, maklumat lanjut daripada anda diperlukan bagi mengenal pasti punca sebenar masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, terdapat beberapi punca berlakunya masalah tersebut, antaranya ialah:
- Darah haid yang datang awal dari waktunya
- Trauma atau luka pada alat kelamin
- Keradangan servik
- Polip Servik
- Jangkitan penyakit kelamin seperti chlamydia atau gonorrhea
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Sekiranya perkara ini berulang dan berterusan, saya menasihatkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital atau klinik. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang air mazi bercampur darah ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!