Sulit
5 tahun
Air mazi sering keluar
Saya lelaki berumur 24 tahun, belum berkahwin dan tidak pernah melakukan hubungan sex, air mazi kerap keluar dari kemaluan saya tanpa disedari. Dia keluar secara tiba2 bila hanya terangsang sedikit sahaja dan bergitu banyak lelehan sehingga basah.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pengeluaran air mani biasanya berlaku sewaktu terangsang secara seksual. Akan tetapi, terdapat keadaan apabila air mazi keluar tanpa sengaja. Pengeluaran mazi tanpa sengaja ini dapat terjadi pada pelbagai keadaan. Antaranya:
- mimpi basah hal ini dapat dianggap normal
- efek samping ubatan
- masalah prostat seperti keradangan ataupun kanser
- kerosakan saraf - biasanya terjadi pada usia tua, kecederaan, dan jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































