Sulit
5 tahun
Alat kelamin tidak aktif
Saya lelaki berumur 30 tahun, masalah saya 2hari saya ingin melakukan hubungan kelamin dengan isteri saya, tetapi zakar saya lambat mengeras pada hari pertama, hari kedua saya cuba lagi tetap sama.,lepas 5 minit sy dpt mengeras tetapi bila masuk ke dalam faraj isteri saya, saya terus klimaks. Apakah nasihat doc utk masalah saya? Saya perlukan rawatan segera? Saya amat risau
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara punca-punca yang menyebabkan mati pucuk adalah seperti:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Cara merawat Mati Pucuk adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
a) Amalkan gaya hidup sihat
b) Kurangkan berat badan
c) Elakkan merokok
Untuk kaedah ubatan anda perlulah membuat konsultasi dari doktor kerana maklumat lanjut diperlukan untuk membuat kesimpulan ubatan mana yang sesuai untuk anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































