Sulit
6 tahun
Alat sulit luka dan bengkak
Pada mulanya alat sulit saya ditakuk kemaluan tumpuh seperti merah2 sahaja. Saya ingat itu perkara biasa. Tapi lama kelamaan disitu juga terjadi seperti luka dan di bahagian kulit kemaluan saya tumbuh seperti bengkak yg kecil… kini kepala kemaluan saya seperti kulit yg mengelupas seperti luka… apakah sebb dan penyakitnya doktor??? Dan ada tak ubat yg sesuai utk saya beli di farmasi? Saya juga risau kerana saya adalah pembawa penyakit diabetis…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, antara penyebab luka pada kemaluan adalah:
- Jangkitan sifilis
- Jangkitan penyakit kelamin yang lain
- Luka pada zakar akibat kecederaan fizikal
- Alahan terhadap produk pencuci atau fabrik pakaian
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.


































