Sulit
6 tahun
Alergik atau penyakit kulit
saya wanita 30 an dan baru baru ini saya mempunyai masalah gatal seluruh tangan dan kaki…serta tumbuh biji biji eperti telur ikan dan berair di kaki dan tangan …saya telah ke klinik serta hospital namun ubat ubat yang di bagi tidak mempunyai kesan malah biji biji air ini tumbuh semakin banyak…saya ingin tahu apa ka penyakit ini serta cara cara mengatasinya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gatal dan biji-biji pada tangan serta kaki boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dermatitis kontak iritan apabila terdedah kepada bahan yang boleh mencetuskan keradangan kulit
- dermatitis kontak alergi apabila seseorang mempunyai alahan kulit terhadap sesuatu bahan
- psoriasis sejenis penyakit autoimun
- dishidrotik ekzema sejenis ekzema
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































