
patriciabata7
5 tahun
Allergic kacang, allergic sejuk
saya wanita berumur 28 tahun, saya ada masalah kalau malam ada keluar allergik gatal pada lengan dan belakang paha sya. kadang2 gatal dia pergi ke tapak tangan dan muka. selain dri itu sya selalu sakit punggung dan sakit belakang yang nyilu dan mencucuk cucuk. sya memang ada gastrik tetapi saya ada makan ubat. kebelakangan ini saya kerap demam, asal demam saya akan sakit seluruh tangan dan kaki. sembuh sebelah tangan kaki pulak sakit. saya tkr pemakanan sya kpda tidk mnum air sejuk, tak makan makanan berminyak dan xmkn kcg. ada kemungkinan kah saya ni nazak doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anda. Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk mengenalpasti penyebab sebenar kepada keluhan anda. Hal ini kerana gatal-gatal, demam dan sakit badan boleh terjadi disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Alergik
- Urticaria
- Kulat
- Kudis buta
- Demam denggi
- Demam Malaria dan lain-lain
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by Hadis Safari