Sulit
3 tahun
Anak datang haid seawal umur 9 tahun
Doktor,saya nak tanya adakah normal jika anak saya datang haid pada seusia 9tahun. Hari pertama dia datang haid darahnya banyak dan berketul. Atau mungkin dia ada masalah lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang hal ini. Untuk makluman anda, walaupun secara puratanya kebanyakan wanita mengalami haid pertama ketika umur 12-13 tahun, akan tetapi haid pertama pada umur 9 tahun masih dikira normal kerana ianya berlaku bagi sesetengah wanita. Haid pertama ketika usia 9 hingga 16 tahun masih dikira normal. Mengenai haid yang berketul, jika ia berlanjutan, ianya boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon atau beberapa masalah kesihatan lain seperti masalah pembekuan darah atau masalah pada sistem reproduksi wanita secara umumnya. Anda disarankan untuk memantau gejala yang anak anda hadapi, dan disyorkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami gejala seperti berikut:
- haid yang terlalu banyak dan berasa seperti hendak pitam
- haid yang terlalu sakit
- mual muntah
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Mengalami masalah haid? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!