
Sulit
5 tahun
Anak saya berusia 11 tahun.Baru didatangi haid pada bulan 4. Kitaran haid anak saya dalam 10-13
Assalammualaikum doktor, anak saya berusia 11 tahun. Baru didatangi haid pada bulan 4. Kitaran haid anak saya dalam 10-13 hari. Selepas 2minggu, anak saya telah haid semula. Jangka masa haid sama. Antara 10-13 hari. Adakah perkara ini membimbangkan doktor,? Dia x pernah mengalami sengugut. Hari yang ke 10 pun darah menjadi coklat. Tetapi tetap banyak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ramai remaja perempuan mengalami masalah dengan kitaran haid kerana sistem yang mengawal hormon masih belum cukup matang.
Untuk makluman anda kitaran haid dikira dari hari pertama haid sehingga hari sebelum haid datang semula. Biasanya kitaran haid normal berlaku dalam 28 hari. Tempoh haid boleh berlaku biasanya antara 2-7 hari. Namun begitu, terdapat pelbagai variasi tempoh ini dalam kalangan wanita. Kitaran haid anak anda ini tergolong dalam kategori normal.
Terdapat beberapa kemungkinan penyebab peningkatan pendarahan haid, juga dikenal sebagai menorrhagia. Antaranya:
- Gangguan pendarahan
- Jangkitan pada saluran pembiakan
- Beda asing di saluran pembiakan
- Ketidakseimbangan hormon seperti penyakit tiroid
- kelainan struktur pada saluran pembiakan
- Sista ovari
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya anak anda masih mengalami peningkatan pendarahan haid.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.