
Sulit
5 tahun
Anak2 demam batuk sakit tekak dan selsema
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Ada sedikit perkara yg menjadi kerisauan buat saya…apabila ketiga-tiga anak saya tidak sihat…
Pada 15/3/2020(tghmalam) anak ke 2 (4thn) saya demam dan ke esokkn harinya iaitu isnin 16hb sy bawa ke klinik berdekatan dan doktr tlh mmberi ubat demam antibiotic dan sakit tekak…pada hari selasa malam pula anak pertama dan ke3 pula demam…dan ketiga2 mereka Bukan sahaja demam tetapi sakit tekak batuk dan juga selsema…
Setahu saya, Keluarga kami tiada kontak dengan pesakit corvid19…
Dan semalam say dan suami juga sakit tekak dan batuk… adakah kami perlu membuat saringan?

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, demam, batuk dan sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- jangkitan influenza
- common cold
- pneumonia
- jangkitan pada saluran atas penafasan
Apabila terdapat sesorang yang sakit dalam rumah, terdapat risiko penyakit lebih-lebih lagi jangkitan virus/kuman untuk merebak.
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini