aten9383
4 tahun
Angin dan gastrik yang berpanjangan
Hi. Saya wanita berusia 26 tahun. Saya sering mengalami sakit perut di bahagian bawah kiri. Sering muntah dan cirit birit. Saya dah pergi ke klinik dan doc mengata ianya gastric. Saya diberi ubat gascoal dan closec. Namun sakit tidak berkurangan. Mohon penjelasan
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Appendicitis
- GERD
- Jangkitan usus besar
- Jangkitan organ reproduktif
- Batu karang
Anda juga mungkin mengalami masalah gastrik. Selain ubat-ubatan, anda perlu menjaga tabiat pemakanan seperti tidak mengambil makan terlalu pedas, makan dalam kuantiti kecil, tidak baring atau melakukan aktiviti fizikal selepas makan, kurangkan kafein dan minum berkarbonat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.