
Anonymous
2 tahun
Anu lelaki berdarah dan tak rasa sakit selepas seks
Saya berumur 24 tahun, dan melakukan seks bersama teman lelaki, selelas bersama, teman lelaki saya keluar darah pd anunya ketika ingin basuh. Tetapi dia tidak sakit dan untuk kali kedua tiada pula darahnya… Adakah bahaya untuk saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebaiknya anda kenalpasti asal perdarahan apakah dari anda ataupun dari pasangan anda terlebih dahulu. Perdarahan zakar dapat terjadi disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Prostatitis - keradangan prostat
- Prostat membesar
- Kencing kotor
- Luka
- Penyakit jangkitan kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.