
amin_marican
5 tahun
Anxiety/ panic disorder
Saya lelaki umur 36 tahun. Saya mengesyaki saya mengalami panic disorder. kejadian bermula kira-kira 3 minggu lepas ketika saya sedang memandu kereta, dan diserang sesak nafas dan hampir pitam. sebelum kejadian, saya sedang risau memikirkan masa hadapan saya, dan tiba-tiba terasa berdebar-debar, kemudian ia makin kuat selepas saya berfikir saya sedang terkena serangan jantung dan mungkin akan mati. Saya terpaksa berhentikan kereta untuk menenangkan diri dan mengambil nafas panjang.
Selepas kejadian itu saya kerap berdebar-debar dan berprasangka saya tidak sihat dan mengalami sakit kronik. Saya kemudian terkena panic attack sekali lagi sehingga terpaksa berhenti di tepi semasa memandu dan selepas itu saya telah pergi ke hospital bahagian kecemasan untuk diperiksa.
Setelah ECG dibuat dan darah diambil doktor mengesahkan saya sihat (tiada simptom thyroid) cuma setiap kali tekanan darah diambil, adalah tinggi (masih berdebar-debar). Saya discharge dari hospital dengan dibekalkan ubat darah tinggi dan perlu buat susulan di klinik untuk darah tinggi dan lain-lain (jika perlu).
Kini saya mula sering berasa negatif dan memikirkan perkara buruk sahaja.Kadang-kadang perkara kecil pun boleh triger untuk panic attack berlaku. Saya takut untuk beratktiviti sepert berjoging dan lain2, kerana saya pernah diserang panic attack semasa berjoging dan hampir pitam semasa berlari akibat panic attack berlaku lagi.
Keresahan atau anxiety dan panic attack sering datang setiap hari sehinggakan mengganggu pekerjaan dan kehidupan seharian saya. Saya mohon pandangan doktor berkaitan hal ini. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, simptom-simptom keresahan adalah seperti berikut:
- bimbang sepanjang masa
- sukar tidur
- ketegangan otot
- masalah penghadaman yang kronik
- sesak nafas
- jantung berdebar
- sakit kepala
- tangan atau kaki terasa kebas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar psikiatri untuk melakukan penialain psikiatri yang teliti sebelum memberi anda diagnosis. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.