Ekin

5 tahun

Apakah cara untuk mengubati migrain saya ini?

Saya berumur 24 tahun (Perempuan).
Saya kerap mengalami sakit kepala dan bergantung pada ubat tahan sakit serta ubat migraine. saya cuba untuk menghentikan pengambilan ubat kerana tidak mahu terus bergantung pada ubat tetapi sakit kepala akan bertambah teruk dan mengganggu emosi saya. kadang kala ia berlarutan ke seminggu dan yang terkini pada bulan 7 ni setiap hari saya harus mengambil painkiller kerana sakit kepala yang berdenyut denyut.

harap boleh beri cadangan.

terima kasih.

Dr Ilias,

5 tahun

Hai, terima kasih atas persoalan anda.

Terdapat 3 jenis migrain, iaitu, migrain tanpa aura, migrain dengan aura dan aura migrain tanpa sakit kepala. Migrain tanpa aura adalah sakit kepala tanpa simptom manakala migrain dengan aura adalah kita dapat merasakan simptom sebelum serangan migrain. Aura migrain tanpa sakit kepala adalah penghidap boleh merasakan simptom lain tanpa diiringi sakit kepala.

Migrain boleh menyebabkan sakit kepala yang sengit yang sering digambarkan sebagai sakit berdenyut. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor genetik atau faktor persekitaran.

Terdapat banyak ubat-ubatan yang telah direka untuk merawat serta mencegah episod migrain. Ubat migrain seperti Aspirin atau ibuprofen boleh membantu melegakan migrain ringan. Selain aspirin, triptans juga boleh digunakan untuk merawat migrain.

Salam sejahtera. Terim kasih di atas pertanyaan anda. Sakit kepala adalah simptom yang paling kerap diajukan kepada doktor.

Terdapat tiga jenis sakit kepala iaitu migrain, sakit kepala tension dan sakit kepala kluster. Migrain biasanya disifatkan sebagai sakit yang berdenyut di kepala, sebelah sahaja dan terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor seperti pengambilan makanan dan bau wangi yang kuat. Dengan mengenal pasti pencetus dan berusaha untuk mengelakkannya, migrain boleh dikurangkan.

Terdapat dua jenis sakit kepala migrain, iaitu sakit kepala migrain tanpa aura, juga dikenali sebagai migrain biasa, dan sakit kepala migrain dengan aura, juga dikenali sebagai migrain klasik. Dalam migrain dengan aura, terdapat sensasi rembesan pada anggota badan, lampu berkelip atau bintik-bintik terang, dan kehilangan penglihatan sementara. Ini biasanya diikuti oleh sakit kepala yang teruk, biasanya pada sebelah kepala.

Penyebab migrain ialah idiopatik, tetapi dianggap sebagai hasil perubahan tertentu di dalam otak. Faktor-faktor tertentu akan mencetuskan sakit kepala migrain seperti ekstrem dalam cuaca, dehidrasi, tekanan yang berlebihan, perubahan pola tidur dan perubahan hormon. Dalam situasi anda, anda perlu mengenalpasti pencetus migrain dalam kehidupan harian dan menyediakan diari migrain yang menempatkan maklumat seperti waktu mula dan akhir migrain. Sila bawa diari ini bersama anda dalam temujanji yang seterusnya.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Hi, terima kasih atas soalan anda.

Bagi kebanyakkan pesakit migrain, simptom yang paling biasa dialami oleh mereka adalah sakit kepala yang teruk. Simptom-simptom yang lain termasuk sensitiviti kepada bunyi dan cahaya, pening dan muntah. Daripada deskripsi anda, anda perlu mengambil ubat tahan sakit tiap-tiap hari sepanjang bulan tujuh ini. Kondisi macam ini memang menjejaskan rutin harian anda dan tidak dapat berfungsi secara normal.

Pada pendapat saya, anda tidak harus menghentikan pengambilan ubat migraine anda. Ubat migraine ini memberikan kesan preventif kepada migrain, iaitu kesan pencegahan migrain bagi jangka masa yang panjang. Anda perlu mengambil ubat ini sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mempunyai kesan pencegahan migrain anda. Pada masa yang sama, pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan tidak membantu migrain anda, maka akan membuat rawatan migrain anda lebih sukar.

Anda juga perlu mengetahui faktor-faktor pencetus migrain anda. Faktor-faktor pencetus migrain termasuk makanan, kekurangan glukosa dalam badan, haid, stres dan dehidrasi. Faktor-faktor ini adalah berbeza antara individu, maka anda perlu mencari faktor-faktor pencetus ini. Satu cadangan daripada saya adalah membuat satu diari sakit kepala yang merekodkan jangka masa, kekerapan, permulaan, faktor-faktor pencetus dan kesan ubat terhadap migrain anda. Rekod ini memang membantu anda dan doktor untuk mengurus masalah migrain anda dengan lebih efektif. Semoga menjawab soalan anda dan cepat sembuh.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)