
Sulit
4 tahun
Apakah tanda tanda seseorang sudah tiada dara
Saya berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Saya sedia maklum jika seorang gadis melakukan aktiviti lasak berisiko utk berlakunya koyak selaput dara. Saya sering melakukan aktiviti lasak. Saya juga mengalami kentut vagina. Adakah itu tanda tanda selaput dara telah koyak ? Dan apakah tanda tanda lain ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, kentut vagina atau vaginal flatulence adalah normal. Secara amnya, kentut vagina boleh berlaku disebabkan udara yang terperangkap di dalam faraj sewaktu memasukkan benda ke dalam faraj. Antara sebab-sebab yang boleh menyebabkan kentut vagina ialah:
- senaman seperti yoga, mampu regangkan faraj dan memasukkan udara ke dalam faraj
- hubungan seks dan penggunaan mainan seks
- otot bahagian punggung yang lemah
- pembentukkan fistula pada faraj
- prosedur pemeriksaan kesihatan pada kemaluan
Tambahan pula, kentut vagina juga tidak bermakna selaput anda telah koyak atau pecah.
Untuk menjawab persoalan anda, tidak ada sebarang tanda yang ditunjukkan oleh seseorang yang tiada dara.
Jika anda masih musykil, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.