
Sulit
3 tahun
Ari ari gatal dan sakit pinggang di blkng kanan
sy wanita yg dh kawin usia 33tahun…sy gatal di bahagian ari ari selepas buang air kecil dan sakit pinggang sebelah kanan di belakang. apakah ada sakit yg serius doctor?

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan di ari-ari dan kesakitan pinggang di bahagian kanan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit di bahagian pinggang boleh disebabkan oleh:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Manakala gejala sakit di bahagian ari-ari boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Penyakit keradangan pelvik
- Appendisitis kronik
- Sembelit
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.