
Sulit
4 tahun
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Untuk pengetahuan Dr, sy dah buat scan pada rahim saya.. Masalah yang saya hadipi berkaitan retroverted uterus tetapi tiada kaitan dengan febroid ataupun cyst
Saya ingin penjelasan daripada Dr berkaitan dengan retroverted uterus. Adakah boleh di rawat atau tidak. Hal ini kerana Dr yg scan sy mengatakan boleh dirawat melalui urutan manakala bila saya baca kat internet ianya tak boleh dirawat. Retroverted uterus yg saya alami bukan di sebabkan febroid ataupun cyst.Mohon penjelasan daripada Dr tentang permasalahan saya. Terima kasih

5 tahun
Terima kasih atas soalan anda,
Retroverted uterus merupakan keadaan di mana rahim anda melengkung sedikit kebelakang. Dalam erti kata lain, anatomi rahim anda normal cuma posisinya sedikit kebelakang. Kondisi ini tidak menjadi masalah kepada sesetengah orang dan tidak memberikan kesan kepada kesuburan.
Jika anda ingin merawat keadaan ini, anda boleh untuk melakukan senaman dan ada juga pembedahan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.