
Sulit
4 tahun
Assalamualaikum, saya ingin bertanya kesan makan duphaston selepas keguguran..adakah merbahaya?
Saya menyedari diri ini hamil pada 10/8/2020. Kemudian saya telah mengalami sakit perut yang kuat pada 13, saya telah pergi ke hospital swasta, mereka memberi saya duphaston untuk membantu menguatkan rahim…tiada rezeki saya… .dan akhirnya saya telah keguguran…harini hospital juga telah mengesahkan saya telah keguguran selepas ujian beta hcg diambil 2 kali .
Saya masih makan duphaston itu sehingga hari ini…
Adakah bahaya untuk saya makan duphaston selepas keguguran?
Perlukah saya berhenti makan pil tersebut?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini saya lebih sarankan untuk diajukan kepada doktor pakar sakit puan yang merawat anda. Hal ini kerana, berkemungkinan terdapat beberapa ujian dan pemeriksaan yang harus dijalankan sekiranya perlu. Jika anda ada mengalami beberapa gejala seperti:
- Mual
- Muntah
- Pening kepala
- Lemah badah atau tidak bertenaga
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Secara amnya, anda selamat untuk mengambil ubat itu walaupun selepas keguguran. Untuk mengetahui lebih tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih