Sulit
4 tahun
Atak datang haid lebih sebulan dua minggu, sebelum ni tidak pernah terjadi, biasanya period normal sebulan sekali, dan saya tidak berkahwin lagi, jadi apakah sebabnya?
saya wanita berumur 19 tahun, sy last datang haid 22/11/2020, saya tak pasti punca dia apa. dan saya tak berkahwin lagi , dan jarang mengalami senggugut. adakah sy perlu pergi ke klinik untuk check?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
kehamilan
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah polycystic ovarian syndrome
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























