
Sulit
2 tahun
Bacaan Glucose 8.6 sebelum makan pagi & faraj keputihan, ruam & gatal
Bacaan gula saya sebelum makan pagi hari ini 8.6. Semalam 7.9. Kelmarin 8.7
3 minggu lepas bacaan gula 5.6.
Saya baru baik demam dan ubat antibiotik saya yang terakhir pada pagi 4 hari yang lepas.
Kemudian saya mengalami gatal, keputihan-kuning pada faraj & ruam hampir seminggu. Kencing tiada masalah.
Sekarang saya mengambil ubat prebiotik, piriton dan juga candid v3. (Faraj masih gatal)

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan dan kegatalan yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
- Keputihan fisiologi
- Jangkitan dalam rahim
Penggunaan ubat seperti Candid v3 memerlukan masa untuk merawat kondisi yang anda alami. Sekiranya anda mempunyai diagnosis kencing manis, rawatan kencing manis adalah penting bagi mengurangkan gejala yang anda alami. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.